Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
premotor timemasa pramotorSains SukanBiomekanik1. Tempoh masa yang wujud di antara penerimaan rangsangan persekitaran dengan sebelum berlakunya fasa permulaan pengaktifan sel otot. 2. Tempoh membuat keputusan selepas penerimaan rangsangan persekitaran.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.

Kembali ke atas