Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra] | کرا

Definisi : 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra] | کرا

Definisi : nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kera

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kera menjadi monyet.

Bermaksud :

Tiada bezanya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kayonkayonKesusasteraanTiadaGunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat.
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah Wa Damnah (Anvar-i Suhaili). Dalam kesusasteraan Melayu, fabel binatang dikenali sebagai cerita mergastua. Antara cerita yang terkenal termasuklah cerita tentang siput dengan helang. Di samping itu, terdapat juga cerita binatang lain seperti kisah kerbau dengan bangau, kisah ular dengan katak, kisah tikus dengan kucing, dan kisah anjing dengan kucing. Cerita-cerita berkenaan mengandungi pelbagai unsur pengajaran moral dan menjadi bahan pendidikan kepada kanak-kanak dan masyarakat keseluruhannya. Lihat juga cerita binatang.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.

Kembali ke atas