Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.han] | کرهن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti di­usahakan bersama-sama (dgn bergotong­royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.han] | کرهن

Definisi : pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerah (kata kerja)
Bersinonim dengan kerja raja, kerja wajib, rodi, arah, desak, gesa, paksa, perintah, suruh, tekan, tindas;,
Kata Terbitan : mengerahkan, kerahan, pengerahan, pengerah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selective mobilizationkerahan terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganKerahan tenaga yang dilaksanakan apabila berlaku bencana yang tidak begitu serius atau yang tidak mengancam keselamatan nasional. Kerahan tenaga ini hanya melibatkan mereka yang terpilih bagi mengawal keadaan seperti pihak tentera atau polis. Contohnya, kerahan tenaga semasa berlakunya mogok, demonstrasi atau piket.

Kembali ke atas