Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
embargoembargoEkonomiTiada1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
widow's benefitfaedah baluinsuransTiada1. Faedah insurans yang dikendalikan untuk balu oleh kerajaan. 2. Faedah dalam skim pencen bagi pekerja atau bagi mereka yang bekerja sendiri yang menyediakan pencen atau amaun yang dibayar sekali gus kepada balu ahli skim tersebut.
accountakaunEkonomiTiada1.�Rekod yang mencatatkan kegiatan dan urus niaga ekonomi untuk suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun pendapatan negara dan akaun imbangan pembayaran. 2. Rekod yang mencatatkan kedudukan kewangan individu, firma, dan kerajaan pada suatu masa atau dalam suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun simpanan individu dan akaun untung rugi firma.

Kembali ke atas