Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn peng­guna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangka­nya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rang.ka] | کرڠک

Definisi : 1 rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2 garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka-rangka: tulang-tulang, rongkong,

2. Bersinonim dengan draf: rangka, konsep, lakaran, garis kasar,

Kata Terbitan : terkerangka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjuster framekerangka pelarasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerangka logam dan skru pelaras yang memegang mentol lampu depan.
frame numbernombor kerangkaSukanLumba BasikalNombor lumba yang dipasang pada kerangka basikal.
structurestrukturKesusasteraanTiadaSuatu kerangka karya yang diaturkan termasuk plot sesuatu karya (novel, puisi, drama, esei). Kerangka karya itu bergantung pada jenis cerita yang ingin dilahirkan oleh penulis. Contohnya, novel yang plot dan aksinya memainkan peranan penting berkemungkinan mempunyai struktur yang lebih kompleks berbanding dengan cerita yang menekankan pembangunan watak. Novel pikares mempunyai struktur kejadian yang tidak mengikut urutan (random), tetapi kebanyakan novel lain tidak sedemikian. Cerita yang realistik sering diceritakan secara kronologi atau mengikut atur kejadian. Walau bagaimanapun, penulis berhak dan mempunyai pilihan untuk mengubah kronologi tersebut menerusi kaedah imbas kembali atau imbas hadapan. Pembinaan bab, perenggan, dan ayat boleh dijadikan panjang atau pendek. Kaedah persembahan bahan boleh dibuat dalam bentuk pandangan secara dekat atau dari jauh, atau dengan rentak yang perlahan, meleret-leret, serta cepat dan tepat pada maknanya. Lihat juga novel pikares.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.
framekerangkaSukanLumba BasikalBahagian asas basikal.
chainstaykerangka rantaiSukanLumba BasikalRangka basikal daripada pendakap bawah ke pencengkam roda belakang.
seatstaykerangka dudukSukanLumba BasikalBahagian basikal yang mengampu tiang dan tempat duduk.
portal framekerangka portalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
high-tonnage framekerangka kenderaan muatan beratKejuruteraan AutomotifTiadaTiada
furringpelapikKesenianHiasan DalamanKerangka ringan atau kepingan kayu dan besi yang digunakan pada dinding, rasuk atau apa juga permukaan untuk menyokong permukaan kemasan dan menyeragamkan atau meratakan permukaan.
123

Kembali ke atas