Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physisorption type IIpenjerapan fizikal jenis IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenjerapan fizikal jenis sigmoid atau isotermanya berbentuk S. Penjerapan jenis ini kerap diperhatikan dalam bahan tak berongga. Lelutut pada bentuk S menandakan penjerapan ekalapisan.
physisorption type IVpenjerapan fizikal jenis IVKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenjerapan fizikal yang berlaku di dalam bahan berongga dan kelakuannya menyerupai penjerapan fizikal jenis II pada tekanan relatif yang rendah tetapi penjerapan meningkat dengan ketaranya pada nilai tekanan relatif yang tinggi disebabkan oleh pemeluwapan rerambut. Penjerapan ini menunjukkan sifat histerisis apabila tekanan relatif diturunkan. Penjerapan jenis ini kerap didapati dalam sistem mangkin industri. Sifat pemeluwapan rerambut daripada isoterma ini digunakan untuk menentukan agihan saiz rongga.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.
user documentationdokumentasi penggunaTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi yang memberi penerangan mengenai setiap ciri dan tujuan setiap fungsi atau atur cara dalam perisian yang dibekalkan. Dokumentasi ini dapat membantu pengguna memahami cara untuk menggunakan perisian yang disertakan dengan lebih sempurna dan berkesan. Terdapat juga dokumentasi pengguna yang memberi maklumat cara menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kesalahan atau ketidakfungsian perisian yang digunakan. Dokumentasi ini biasanya disusun dengan sempurna mengikut indeks yang diberi agar pengguna dapat merujuk sebarang maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Beberapa pendekatan yang kerap digunakan dalam penyediaan dokumentasi ini adalah seperti yang berikut: i) Pendekatan tutorial, iaitu pendekatan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas. ii) Pendekatan bertema, iaitu pendekatan bahagian demi bahagian untuk sesuatu topik yang berkaitan. iii) Pendekatan rujukan atau indeks yang mengandungi perintah atau tugas yang disusun mengikut abjad. Penyediaan manual untuk pengguna, pentadb

Kembali ke atas