frequent flyer | pengguna penerbangan kerap | Pelancongan | Tiada | Penumpang yang berdaftar dengan program pengguna kerap dan layak mendapat mata ganjaran setiap kali menggunakan perkhidmatan serta dibenarkan menebus ganjaran tersebut setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
hard tourist | pelancong utama | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain. |
frequent lodger | penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Tetamu yang sering menginap di bawah satu kumpulan jenama hotel. |
frequent trip | lawatan kerap | Pelancongan | Tiada | Kunjungan yang sering dilakukan ke sesuatu destinasi. |
frequent lodger program | program penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Program untuk penginap setia yang berdaftar sebagai ahli dan telah mengumpulkan mata ganjaran setelah menggunakan perkhidmatan penginapan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus melalui pelbagai bentuk, seperti baucar dan potongan harga bilik. |
frequent stay program | program inap kerap | Pelancongan | Tiada | Program khusus untuk tetamu yang sering menginap di hotel yang sama dan mata ganjaran akan diberikan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
polyuria | poliuria | Veterinar | Tiada | Keadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista. |
hurricane | taufan | Sains Marin | Tiada | Ribut tropika yang berputar laju, kerap terjadi di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik. Ribut ini mempunyai ciri-ciri seperti kawasan titik tengah yang bertekanan rendah, suatu ruang pengudaraan tertutup yang mempunyai tekanan atmosfera rendah dan ribut petir yang menyebabkan hujan lebat. Taufan sering berlaku di kawasan jasad air, secara relatifnya bersuhu tinggi yang menjana tenaga daripada penyejatan air di permukaan laut dan mengalami penyejatan serta berubah bentuk kepada awan serta hujan apabila udara lembap naik ke atas dan menyejuk sehingga tepu. |
hard tourism | pelancongan utama | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melawat ke tempat yang kerap dikunjungi ramai pelancong. |