Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.wang] | کراوڠ

Definisi : (ukiran, tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang: kanak-kanak perempuan hendaklah dilatih memilih warna dan membuat ~; berkerawang berukir (bertenun, bertekat) dgn kerawang: kerisnya jalak jantan, ~ di pangkalnya; mengerawang membuat (menenun, mene­kat, mengukir) kerawang; ~ langit meng­angan-angankan yg bukan-bukan, menge­lamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.wang] | کراوڠ

Definisi : ukiran (tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang. berkerawang dihias dgn ukiran atau sulaman yg berlubang-lubang; berukir dgn kerawang; berterawang. mengerawang membuat kerawang (pd baju dll); menerawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerawang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entablatureentablaturKesenianHiasan DalamanHiasan pada bahagian atas tiang, yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Hiasan dari zaman seni bina klasik ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang dikenali sebagai hias jenang, kerawang dan birai hias.
geometrical decoratedhiasan geometriKesenianHiasan DalamanSeni hiasan dengan unsur corak geometri yang terdapat pada kebanyakan seni bina Inggeris. Gaya hiasan ini popular pada abad ke-13, khususnya gaya yang memaparkan corak kerawang berbentuk geometri.
Corinthian ordersusunan CorinthiaKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dipenuhi dengan hiasan pada zaman Greek Purba dan seni bina Rom. Susunan ini terdiri daripada tiang yang berjalur dan kepala tiang yang dihiasi dengan kerawang daun akantus dan skrol. Nama asal Corinthia diambil bersempena nama sebuah bandar di Greek yang bernama Corinth. Namun, susunan Corinthia ini jarang digunakan dalam seni bina Greek, sebaliknya binaan ini banyak digunakan di Athens. Contohnya, tiang Corinthia tertua terdapat di Kuil Apolla Epicurius, Arcadia.

Kembali ke atas