dwarf | kerdil | Biologi | Patologi | Saiz tubuh yang kecil, akibat perencatan pertumbuhan organ secara menyeluruh pada perumah. Biasanya, ini merupakan gejala serangan virus, seperti yang berlaku pada penyakit kerdil kuning pada padi. bd. manisme, roset, bantut. |
Chandrasekhar limit | had Chandrasekhar | Matematik | Tiada | Had jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti. |
Cataclysmic variables | bintang ubah kata-klismik | Matematik | Tiada | Bintang dedua dekat yang satu daripada anggotanya terdiri daripada bintang kerdil putih, dan pemindahan jisim kepada bintang yang satu lagi menyebabkan perubahan yang besar dan mendadak dari segi kecerahannya. Kelas utama bintang jenis ini ialah nova, nova berulang, nova kerdil dan bintang simbiosis. |
dwarf | kerdil | Perubatan | Tiada | Orang yang saiznya luar biasa kecil. |
nanism | kerdil | Psikologi | Tiada | Tiada |
white dwarf | kerdil putih | Fizik | Tiada | Tiada |
black dwarf | kerdil hitam | Fizik | Tiada | Tiada |
pituitary dwarf | kerdil pituitari | Perubatan | Tiada | Kekerdilan individu yang di akibatkan kerencatan pertumbuhan rangka disebabkan gangguan hormon pituitari. |
snorter dwarf | kerdil dengus | Veterinar | Tiada | Tiada |
black dwarf | kerdil hitam) | Matematik | Tiada | Bintang kecil yang telah mengalami proses rebakan graviti hingga ke peringkat akhir apabila bertukar menjadi jasad sejuk berwarna hitam. |