hot tears | rabak panas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Keretakan berbentuk linear yang terbentuk di dalam logam pada peringkat penyejukan semasa proses tuangan. Hal ini disebabkan oleh bahan mengecut secara tidak sekata semasa proses penyejukan. Lazimnya, rabak panas terjadi antara bahagian tebal dan nipis pada produk tuangan. |
zyglow | ziglow | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pemeriksaan tanpa musnah yang menggunakan penusukan warna dan cahaya ultraungu untuk memeriksa kerosakan dan keretakan pada bahagian tidak bermagnet. |
thermal stress | tegasan terma | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Tegasan yang berlaku pada bahan apabila berlaku perubahan suhu. Tegasan ini boleh menghasilkan keretakan atau kecacatan bahan. |
false indication | petunjuk palsu | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen. |