Keris Pekaka | Keris Pekaka | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai hulu berbentuk seperti kepala burung pekaka. Keris ini berasal dari Patani, Thailand. Sin. Keris Pekakak, Keris Tajun, Keris Terajang, Keris Vlu Pekakak. |
Keris Sundang | Keris Sundang | Keris | Tiada | Keris yang berasal dari daerah Sulu, Filipina Selatan dan mempunyai mata yang panjang, lurus atau berkeluk, tebal atau lebar. Keris ini mempunyai hulu, mata, dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan keris-keris lain. Keris ini juga digunakan untuk tujuan menetak dan mengibas dan bukan digunakan untuk menikam. Sin: Keris Suluk. |
Keris UIu Kencana | Keris UIu Kencana | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai hulu yang dibuat daripada emas. Sin: Keris Berulukan Emas, Keris Harubi, Keris Merubi. |
Keris Pendua | Keris Pendua | Keris | Tiada | Keris yang digunakan sebagai keris yang kedua, Sin: Keris Pendus, |
Keris Berkaluk | Keris Berkaluk | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai keluk dengan bilangan angka ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, dan sebagainya. Sin. Keris Berlok, Keris Lok. |
Keris Lombok | Keris Lombok | Keris | Tiada | Keris yang berasal dari Lombok dan menyerupai Keris Bali atau Keris Madura. |
Keris Tetarapan | Keris Tetarapan | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai lekuk di sepanjang bahagian matanya. Keris ini akan memberi kesan luka yang lebih parah daripada keris jenis biasa. |
Keris Jenis Semenanjung | Keris Jenis Semenanjung | Keris | Tiada | Keris yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu. Keris ini mempunyai hulu yang berbentuk jawa demam. Sin: Keris Jenis Utara. |
Keris Sepukal | Keris Sepukal | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai mata yang lurus. Sin: Keris Sempana Bisu. |
Keris Picit | Keris Picit | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai mata yang nipis serta lebar. Keris ini ditempa dengan cara memicit dengan menggunakan ibu jari dan biasanya dilakukan oleh orang pertapaan. |