Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard hammertukul kerasKesenianTiadaTukul yang digunakan dalam kerja-kerja pertukangan yang berat.
hardboardpapan gentian kerasKesenianTiadaPapan daripada kertas dalam untuk kerja-kerja seni.
cast ironbesi tuangKesenianHiasan DalamanBesi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi.
social loafingkemalasan sosialPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mencuri tulang atau kurang serius dalam pekerjaan apabila ramai yang terlibat melakukan perkara yang sama. Contohnya, individu akan bekerja keras jika prestasi kerja bergantung pada usahanya sendiri tetapi jika pencapaian kerja tersebut bergantung pada kerja berpasukan, maka ada kemungkinan ramai pekerja akan mengurangkan usaha mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin kurang berlaku atau tidak berlaku dalam pasukan sukan kerana prestasi mereka dilihat dari segi sumbangan setiap individu.
finger resttopangan jariPergigianTiadaPerihal meletakkan jari di sekitar kawasan kerja bertujuan menstabilkan tangan semasa pemotongan struktur gigi dengan hanpis. Tempat topangan jari sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan kerja dan bertopang atas struktur yang keras seperti gigi bersebelahan.
bebatubebatuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Chaetocarpus castanocarpus daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatan di Semenanjung termasuk membatu dan bedik, dan di Sabah termasuk kayu dusun atau dusun-dusun. Gubal kayu bebatu sukat dibezakan daripada teras kayu, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu bebatu digunakanuntuk membuat hulu peralatan, dan digunakan juga dalam kerja-kerja binaan sementara.
chiselpahatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada hulu dan bilah logam. Hulu pahat biasanya dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan balau, sementara bilah logam, dibuat daripada keluli yang terdiri daripada mata dan puting. Hulu pahat biasanya mempunyai temin yang dibuat daripada loyang atau besi untuk menahan hulunya daripada pecah. Pahat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan fungsinya, iaitu pahat umum, pahat peraut, dan pahat pelubang.
back sawgergaji belakang besiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGergaji tangan yang bilahnya dibuat daripada besi keras dan tegar, dan belakang bilah disokong oleh bingkai keluli atau loyang. Gergaji ini digunakan dalam kerja kayu terutamanya dalam pembuatan perabot dan karbinet. Gergaji ini dikelaskan mengikut saiz kepada gergaji puting, yang berukuran 35 cm hingga 40 cm, dan digunakan untuk kerja am seperti memotong pepat hujung kayu atau papan lapis; dan gerjaji bajang, yang hanya berukuran 25 cm, dan digunakan untuk memotong bahagian kerja kayu yang lebih kecil, seperti tanggam.
beranganberanganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Castanopsis spp. daripada famili Fagaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Castanopsis curtisii, C. dispersipina, C. inermis, C. malaccensis, C. motleyana, dan C. shefferiana. Gubal kayu berangan berwarna coklat muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat tua atau coklat merah. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata akibat taburan vesel yang tidak seragam. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 975 kg/m3, dan tegolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu berangan mudah dikerjakan tetapi lambat mengering, tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk kerja-kerja binaan sederhana dan berat, perabot, dan kotak pembungkus.
hammertukulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat pengetuk yang kepalanya diperbuat daripada keluli keras dan hulunya daripada plastik atau kayu. Tukul digunakan untuk mengetuk dan membenamkan paku ke permukaan benda dalam kerja kayu. Ada dua jenis tukul, iaitu tukul, iaitu tukul kuku dan tukul bonggol baji Warrington. Tukul kuku mempunyai bahagian berkuku bagi mengeluarkan paku dari benda kerja.
12345678

Kembali ke atas