Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rong.ko.ngan] | کروڠکوڠن

Definisi : , rongkongan 1. pembuluh nafas di leher; 2. halkum, lekum, teng­go­rokan; 3. saluran di leher (makanan masuk ke perut melaluinya): makanan itu masuk ke dlm ~ lalu ke perut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rong.ko.ngan] | کروڠکوڠن

Definisi : 1. saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok; belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia; ®rongkong I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rong.ko.ngan] | کروڠکوڠن

Definisi : 1 saluran makanan dr leher ke perut. 2 pembuluh nafas di leher. 3 halkum; lekum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.rong.ko.ngan] | کروڠکوڠن

Definisi : 1 saluran atau pembuluh pd leher yg melaluinya makanan masuk ke dlm perut. 2 hujung kerongkong yg nampak tersembul di leher; halkum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerongkongan

Peribahasa

Hendak ditelan termengkelan,
     hendak diludah tiada keluar.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�

Kembali ke atas