Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul �Pengakuan Pariyem� oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja �Katiba� oleh Mahdi Akhavan Thalith.
piezoelectric effectkesan piezoelektrikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan penting untuk menghasilkan gelombang ultrasonik. Kesan ini terhasil apabila bahan seperti kuarza, seramik, komposit dikenakan voltan elektrik yang akan menghasilkantekananmekanikalyangbersilihganti. Hablur daripada bahan-bahan tersebut mengalami pengecilan dan pengembangan disebabkan oleh perubahan pada voltan elektrik dan seterusnya menyebabkan terhasilnya gelombang ultrasonik. Kesan ini juga terjadi apabila bahan tersebut menerima tekanan mekanikal dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Apabila arus ulang-alik dikenakan ke atas bahan piezoelektrik, bahan ini akan berubah dimensi (mengembang atau menguncup mengikut arah arus elektrik) lalu menghasilkan gelombang ultrasonik.
carrierpembawaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan atau organisma yang mewarisi satu trait genetik tanpa menampakkan kesan kepada pembawa. Kesan terhadap anak pembawa boleh dilihat semasa dilahirkan atau mungkin akan terserlah apabila haiwan tersebut meningkat dewasa. Contoh kesan terhadap anak pembawa ialah albinisme dan akondroplasia.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
dominant impressionkesan utamaKesusasteraanPuisiKesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman!
side effectkesan sampinganKejururawatanTiadaKesan yang tidak diingini akibat pengambilan sesuatu ubat selain kesan terapeutik yang dikehendaki.
side effectkesan sampinganHerbaPemiawaianKesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas.
additive effectkesan aditifSains KesihatanTiadaKesan campuran dua jenis atau lebih bahan kimia yang memberi kesan yang sama nilainya jika bahan tersebut diberikan secara berasingan.
multiplier effectkesan penggandaEkonomiTiadaKesan yang berlaku terhadap satu faktor agak kecil dalam mempercepat satu perubahan besar, seperti kesan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara.
quartered grainira sukuKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil kesan daripada pemotongan atau penggergajian kayu bagi menghasilkan bentuk tertentu, iaitu kesan daripada sifat empulur. Kesan ini amat ketara pada jenis kayu oak.
12345678910...

Kembali ke atas