sadness | kesedihan | Perubatan | Tiada | Perasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit. |
sadness | kesedihan | Kejururawatan | Tiada | Perasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit. |
melancholia | melankolia | Perubatan | Tiada | Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. |
ecological grief | hiba ekologi | Alam Sekitar | Tiada | Kesedihan yang dirasai disebabkan oleh kehilangan ekologi yang dialami atau dijangkakan. |
doomsurfing | tatal lara | Psikologi | Tiada | Paparan teks berunsurkan kesedihan dan kebimbangan berpanjangan yang digerakkan pada skrin secara ke atas atau ke bawah dengan berlebihan dan menyebabkan tekanan perasaan. Lihat doomscrolling. |
doomscrolling | tatal lara | Psikologi | Tiada | Paparan teks berunsurkan kesedihan dan kebimbangan berpanjangan yang digerakkan pada skrin secara ke atas atau ke bawah dengan berlebihan dan menyebabkan tekanan perasaan. |
lament | lamen | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang meluahkan rintihan disebabkan kesedihan. |
amarevole (It) | amarevole | Kesenian | Tiada | Ekspresi dalam muzik seperti kepahitan dan kesedihan. |
plaint | sajak duka | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi nada dan unsur-unsur kesedihan atau kedukaan akibat sesuatu kejadian atau peristiwa yang mengharukan. Umpamanya kemalangan yang dahsyat, peperangan dan juga kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang. |
mourning stamps | setem takziah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan sebagai tanda kesedihan atas kematian seseorang pembesar negara. |