protective gear | kelengkapan perlindungan diri | Kesihatan Awam | Tiada | Peralatan yang digunakan untuk melindungi individu terhadap risiko kesihatan atau keselamatan di tempat kerja seperti pelitup keselamatan, sarung tangan, pelindung mata, pakaian keselamatan, kasut keselamatan dan keledar keselamatan serta peralatan perlindungan pernafasan (RPE). |
personal protective equipment (PPE) | kelengkapan perlindungan diri | Kesihatan Awam | Tiada | Peralatan yang digunakan untuk melindungi individu terhadap risiko kesihatan atau keselamatan di tempat kerja seperti pelitup keselamatan, sarung tangan, pelindung mata, pakaian keselamatan, kasut keselamatan dan topi keledar keselamatan serta peralatan perlindungan pernafasan (RPE). |
security architecture | seni bina keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perincian lengkap tentang semua komponen dan ciri sistem yang berkaitan dengan keselamatan dan juga prinsip yang digunakan semasa pembangunan dan reka bentuk mekanisme keselamatan dalam sistem berkenaan. Perincian ini menerangkan cara fungsi keselamatan dibina pada sistem tersebut untuk memenuhi keperluan keselamatan. |
biometric security system | sistem keselamatan biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem keselamatan yang menggunakan kaedah biometri sebagai kawalan capaian. |
corporate security | keselamatan korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan keselamatan atau langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam sektor korporat bagi tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, perlindungan terhadap aset, maklumat dan data perniagaan daripada dicerobohi dan dicuri. |
password security system | sistem keselamatan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem keselamatan yang bergantung kepada kata laluan untuk penyahihan pengguna. |
safety function | fungsi keselamatan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Fungsi yang mesti dipenuhi untuk memastikan keselamatan kemudahan nuklear. Fungsi keselamatan juga termasuk aktiviti pencegahan atau pengurangan kesan radiologi daripada kendalian normal, kejadian kendalian yang dijangka dan keadaan kemalangan. |
trusted network interpretation | tafsiran rangkaian terpercaya | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penetapan ciri keselamatan khusus, keperluan jaminan keselamatan, dan struktur pengarasan yang perlu dicapai oleh rangkaian pengkomputeran selamat, Penetapan ini ditetapkan dalam Buku Merah terbitan NCSC. |
security test and evaluation | ujian dan penilaian keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pemeriksaan dan analisis ke atas ciri keselamatan yang digunakan untuk melindungi suatu sistem maklumat terautomasi. Pemeriksaan ini dilakukan dalam persekitaran penggunaan sebenar untuk menentukan keupayaan dan kesediaan keselamatan sebenar sistem maklumat tersebut. |
safety alert | amaran keselamatan | Pengurusan | Tiada | Amaran keselamatan yang dikeluarkan apabila terdapat isu keselamatan atau kemalangan untuk tindakan bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. |