Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : keadaan subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesuburan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fertilitykesuburanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran keupayaan menghasilkan anak. Kadar kesuburan ialah bilangan anak yang dilahirkan untuk setiap pasangan atau individu. Kesuburan berbeza daripada fekunditi yang ditakrifkan sebagai potensi untuk pembiakan. Kesuburan dipengaruhi oleh pengeluaran gamet dan persenyawaan.
fertilitykesuburanPerikananAkuakulturKeupayaan induk untuk menghasilkan telur atau sperma.
fertilitykesuburanKejururawatanTiadaPerihal keupayaan fungsi membiak dalam sistem pembiakan lelaki dan wanita.
fertility ratekadar kesuburanKejururawatanTiadaBilangan kelahiran hidup yang berlaku di sesuatu kawasan dalam satu tahun bagi setiap seribu wanita yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun.
conception ratekadar konsepsiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran kesuburan seekor induk betina semasa pengawanan. Pengiraan kadar konsepsi dibuat berpandukan bilangan induk bunting berbanding dengan jumlah bilangan yang dikawankan. Kadar konsepsi yang baik pada lembu adalah melebihi 55%.
family planningperancang keluargaKejururawatanTiadaTindakan berkaitan dengan penghindaran kehamilan, peningkatan kesuburan, dan mengawal atur jumlah dan jarak anak dalam sesebuah keluarga.
oestrusestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Estrus merupakan tempoh berulang kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan bersedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Tempoh estrus berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya, purata tempoh estrus bagi lembu ialah 18 jam, kambing 40 jam dan anjing 8 hari.
azoospermiaazoospermiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang menghasilkan semen, tetapi tidak mempunyai sperma. Azoospermia dikaitkan dengan tahap kesuburan yang sangat rendah atau kemandulan. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh masalah pengeluaran sperma atau saluran sperma tersumbat yang menghalang sperma sampai ke destinasinya.
prooestrusproestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Proestrus merupakan suatu tempoh sebelum tempoh kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan menunjukkan tanda awal untuk mengawan.
dithyrambditirambKesusasteraanTiadaSebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�.
12

Kembali ke atas