Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ha.nan] | کتاهنن

Definisi : keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.ha.nan] | کتاهنن

Definisi : sifat atau keadaan tahan; kekuatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euryhalineeurihalinPerikananAkuakulturKetahanan terhadap perubahan kemasinan atau saliniti air. Ikan yang mempunyai sifat ini mempunyai ketahanan terhadap proses osmosis yang berlaku antara sistem badan dengan persekitaran air. Contoh ikan yang mempunyai sifat eurihalin ialah ikan siakap.
national integritykeutuhan bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganKetahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap.
genotypic fitnessketahanan genotipBioinformatikBioinformatik MolekulKeupayaan untuk bermandiri, mencari pasangan dan menghasilkan keturunan yang akan memastikan aliran gen dalam generasi akan datang.
environmental resistanceketahanan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFaktor biotik dan abiotik yang membatasi pertumbuhan populasi untuk mencapai potensi pertumbuhan maksimum. Faktor biotik adalah seperti pemangsa, penyakit, persaingan dan kekurangan makanan, manakala faktor abiotik pula seperti kebakaran, banjir dan kemarau.
power endurance runlarian ketahanan tinggiSukanTiadaLarian yang dilakukan secara berulang-ulang untuk meningkatkan daya tahan otot.
immuneimunKejururawatanTiadaPerihal daya ketahanan menentang jangkitan akibat kehadiran antibodi khusus terhadap organisma-organisma tertentu.
immunostimulantimunostimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan ketahanan semula jadi tubuh terhadap penyakit. Contoh herba ini ialah barli, hempedu bumi, kekait dan cendawan maitake, reishi dan shiitake.
fault tolerancetoleransi sesarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTahap ketahanan sesebuah sistem atau perkakasan terhadap kesesaran sebelum sistem atau perkakasan tersebut menjadi tidak berfungsi atau rosak. Sistem yang mempunyai fungsi yang kritikal, biasanya mempunyai tahap boleh terima kesesaran yang tinggi, sekali gus menjadikannya lebih stabil.
fastnesstahan lunturKesenianHiasan DalamanPengekalan warna pada karpet atau bahan lain. Ketahanan biasanya merujuk kepada kesan dedahan pada sesuatu dalam keadaan tertentu. Contohnya, peralatan mewarna, fiber, jenis dan kaedah pewarnaan yang dilakukan biasanya memberikan kesan kepada keupayaan warna pada karpet dan fabrik untuk terus bertahan.
opportunistic pathogenpatogen oportunistikPerikananAkuakulturMikrob yang berkemampuan untuk menyebabkan penyakit apabila ketahanan sistem imun ikan merosot. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti persekitaran yang terganggu, bahan kimia atau jangkitan penyakit lain.
123

Kembali ke atas