anticipated fear of crime | ketakutan jenayah dijangka | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Reaksi emosi ketakutan dan kebimbangan mangsa terhadap sesuatu bahaya jenayah, akibat daripada persepsi bahaya yang diramalkan oleh mangsa atau dijangkakan menimpa mangsa. |
actual fear of crime | ketakutan jenayah sebenar | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Reaksi emosi ketakutan dan kebimbangan mangsa terhadap sesuatu bahaya jenayah, akibat daripada pengalaman mangsa yang pernah atau hampir pernah menjadi mangsa jenayah tersebut. |
fear of crime | ketakutan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perasaan takut yang timbul dalam diri seseorang kerana wujud kemungkinan menjadi mangsa jenayah walaupun tidak wujud kebarangkalian sebenar yang mereka akan menjadi mangsa jenayah. Ketakutan ini ialah reaksi emosi yang timbul akibat keresahan dan risiko bahaya yang berlaku di sekeliling. |
fear response | tindak balas ketakutan | Perubatan | Psikiatri | Perubahan dalam fungsi metabolik dan organ, seterusnya perubahan tingkah laku disebabkan oleh bahaya atau ancaman. |
eco-anxiety | ekokebimbangan | Psikologi | Tiada | Ketakutan terhadap kerosakan alam sekitar atau bencana ekologi. |
catharsis | katarsis | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara. |
anxiety | resah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan ketidaktentuan dan ketakutan tanpa sebab, yang dicirikan oleh perubahan fisiologi seperti takikardia, berpeluh dan tremor. |
phobic anxiety disorder | gangguan keresahan fobia | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental yang berlaku apabila seseorang mengalami ketakutan yang tidak rasional dan keresahan dalam tempoh tertentu. |
palpitation | palpitasi | Kejururawatan | Tiada | Rasa berdebar apabila jantung berdenyut dengan cepat. Keadaan ini disebabkan rasa ketakutan, emosi dan juga mungkin satu gejala aritmia atau sakit jantung. |
health denial | penafian kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Ketakterimaan individu terhadap kemerosotan kesihatan yang dihadapinya untuk mengurangkan keresahan atau ketakutan terhadap penyakit yang dihidapinya. |