Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.wa] | کتاوا

Definisi : tawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.wa] | کتاوا

Definisi : ®tawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.wa] | کتاوا

Definisi : ; ~ udang sj tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.wa] | کتاوا

Definisi : 1 menyatakan perasaan gembira dgn suara terkekeh-kekeh; tergelak; tertawa: Ahmad ~ panjang apabila mendengar cerita itu. 2 perbuatan menyatakan perasaan gembira (girang) dgn suara terkekeh-kekeh: Kuat sungguh bunyi ~nya. mengetawakan 1 ketawa akan; mentertawakan: Mereka semua ~ dia. 2 menyebabkan ketawa; menggelakkan: Kelucuan badut itu ~ penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawa
Kata Terbitan : ketawa, mengetawakan, mentertawakan,

Puisi
 

Buah rambutan setangkai ranum,
     Mari dimakan bulan puasa;
Tuan ketawa saya tersenyum,
     Hendak ditegur belum biasa.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carricaturekarikaturKesusasteraanPuisiPuisi yang menggambarkan perangai, perbuatan, sama ada pertuturan atau mimik. Tujuannya untuk menimbulkan kejenakaan dan ketawa kepada khalayak. Contohnya, Menggegar batang limau, Terikat lembing dekat kendil; Gementar tulang harimau, Melihat kambing menyandang bedil.
comedykomediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengisahkan situasi lucu tentang kelemahan manusia dan kepincangan masyarakat. Komedi merupakan salah satu daripada tiga bentuk drama, selain drama tragedi dan melodrama. Bahan komedi dibahagikan kepada komedi tinggi dan komedi rendah. Komedi tinggi mengutamakan tema yang memerlukan pemikiran dan melahirkan renungan dalam ketawa. Komedi rendah pula bertujuan mencetuskan gelak ketawa melalui jenaka kasar tentang masyarakat bawahan. Jenis komedi yang lain ialah komedi idea (menegaskan idea) komedi intrigue (memperihalkan kesulitan), dan komedi moral (menegaskan perkara akhlak). Contoh drama komedi ialah Raja Lawak oleh Zakaria Ariffin. Lihat juga komedi baru, komedi lama, komedi muzikal, komedi pahit, komedi romantik, komedi satira, komedi sentimental.
black humourhumor pahitKesusasteraanTiadaKesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam.
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.

Kembali ke atas