Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ga.ngan] | کتݢڠن

Definisi : 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ga.ngan] | کتݢڠن

Definisi : keadaan atau hal tegang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegang (adjektif)
1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,
Berantonim dengan lembut

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi,
Berantonim dengan lunak

4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,
Berantonim dengan kendur

Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general strain theoryteori ketegangan amKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang diperkenalkan oleh Robert Agnew yang menyatakan bahawa ketegangan emosi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang untuk melakukan jenayah. Ketegangan emosi boleh berlaku apabila seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diingini dengan mengikut cara yang biasa sehingga memilih jenayah sebagai alternatif untuk mencapai matlamatnya.
tensionketeganganKesusasteraanTiadaKonflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik.
belt tensionketegangan tali sawatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKeregangan tali sawat pemacu.
moment of final suspensedetik ketegangan akhirKesusasteraanTiadaMomen sebelum klimaks apabila watak protagonis berhadapan dengan peluang terakhir untuk mengelak daripada pengakhiran yang tragik.
disturbancegangguanKesusasteraanTiadaKetegangan pertama yang berlaku pada permulaan plot dan mengganggu keseimbangan drama.
class conflictkonflik kelasSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas.
climaxpuncakKesusasteraanPuisiUnsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks .
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaKelegaan khalayak daripada ketegangan emosi melalui kehadiran watak, episod atau dialog lucu.
antagonistantagonisSains SukanBiomekanikOtot yang bertindak untuk menstabilkan ketegangan yang wujud daripada penjanaan daya oleh otot agonis. Contohnya, jika otot agonis menguncup, otot antagonis akan mengendur untuk membolehkan berlakunya pergerakan. Banding agonis.
isokinetic contractionpenguncupan isokinetikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang melibatkan peningkatan ketegangan yang sama di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isokinetik tidak berlaku secara semula jadi tetapi dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contohnya, penguncupan isokinetik berlaku ketika fisioterapi atau ketika menggunakan peralatan khusus di gimnasium.
1234

Kembali ke atas