sequence consistency | ketekalan jujukan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
copy editing | penyuntingan naskhah | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing. |
recirculation pump | pam edaran semula | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Komponen yang berfungsi untuk mengekalkan ketekalan aliran bahan penyejuk di dalam teras reaktor bagi memastikan pemindahan haba yang mencukupi. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
excipient | eksipien | Herba | Tiada | Bahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu. |
herbal product validation | pengesahan produk herba | Herba | Tiada | Tindakan untuk mengesahkan prosedur, proses, peralatan, bahan, aktiviti atau sistem selaras dengan prinsip Amalan Pengilangan Baik bagi memastikan ketekalan kualiti, keberkesanan dan keselamatan sesuatu kelompok produk herba ubatan. |
finished herbal product specification | spesifikasi produk akhir herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut. |