military sanction | sanksi ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq. |
enforcement action | tindakan penguatkuasaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan bukan ketenteraan atau menggunakan ketenteraan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh tindakan bukan ketenteraan termasuklah gangguan hubungan ekonomi dan komunikasi, dan pemutusan hubungan diplomatik. Contoh tindakan menggunakan ketenteraan ialah melancarkan perang terhadap negara penceroboh. |
military objectives | objek ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Objek yang berdasarkan sifat, lokasi, tujuan atau penggunaannya boleh memberi sumbangan yang berkesan terhadap tindakan ketenteraan. Tindakan memusnahkan, menawan atau meneutralkan objek ketenteraan milik musuh memberi kelebihan ketenteraan yang pasti. Contoh objek ketenteraan ialah kem tentera, kenderaan tentera, laluan tentera, peralatan tentera, pangkalan tentera dan lapangan terbang tentera. |
military necessity | keperluan ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Alasan sah yang digunakan untuk melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan, walaupun serangan tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada populasi dan objek awam. Alasan sah tersebut boleh digunakan kerana tanpa serangan tersebut matlamat ketenteraan tidak akan dapat dicapai. Prinsip ini terpakai dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Contohnya, sekiranya musuh mempertahankan diri dengan menggunakan perisai manusia yang terdiri daripada orang awam, alasan keperluan ketenteraan boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menentang musuh tersebut. Dalam hal ini, serangan tersebut perlu dilakukan demi mencapai matlamat ketenteraan walaupun orang awam mungkin akan tercedera. |
militia | militia | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kumpulan rakyat yang mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan dan menjalani latihan ketenteraan secara berkala tetapi hanya berkhidmat sepenuh masa pada waktu kecemasan sahaja. Militia boleh dimanfaatkan oleh negara untuk tujuan mempertahankan tanah air dan komuniti. Walau bagaimanapun, sekiranya anggota militia tidak dilatih sepenuhnya dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka boleh terlibat melakukan jenayah peperangan atau jenayah terhadap kemanusiaan. Anggota militia juga boleh diperalatkan untuk melindungi kepentingan politik pihak tertentu. |
military command | perintah ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Unit dalam organisasi ketenteraan yang berada di bawah tanggungjawab komander tentera. Seorang komander tentera biasanya dilantik secara khusus untuk menyediakan kerangka undang-undang bagi menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya. Dengan kuasa ini, perintah yang diberikan oleh komander kepada semua anggota unit perlu dipatuhi. Seorang komander tertakluk kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mempunyai obligasi untuk menghalang atau menyekat jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan supaya tidak dilakukan oleh orang bawahannya. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan seorang komander bersalah atas prinsip tanggungjawab perintah. |
blitzkrieg | perang kilat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Operasi ketenteraan secara pantas yang digunakan oleh negara tertentu dengan mengerahkan segala sumber kekuatan untuk menyerang pihak lawan. Contohnya, operasi ketenteraan oleh Jerman terhadap Poland pada tahun 1939 dan Eropah Barat semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1940. |
militarism | militarisme | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Dasar pemerintahan yang berasaskan jaminan keselamatan yang terletak pada kekuatan ketenteraan. Dasar pemerintahan ini merupakan satu kepercayaan atau matlamat sesebuah kerajaan bagi sesebuah negara untuk mengekalkan keupayaan ketenteraan yang kuat dan bersedia untuk menggunakannya secara agresif untuk menjaga kepentingan negara. Dasar ini memberikan kedudukan yang lebih utama kepada pertimbangan ketenteraan dalam budi bicara berbanding kekuatan politik yang lain. Individu atau pihak yang terlibat dalam perkhidmatan militari turut mendapat layanan istimewa daripada pihak berkuasa. Pengaruh dan kekuatan militari diambil kira ketika membuat keputusan dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang awam. Pengaruh ini sangat jelas dalam sejarah pelbagai kerajaan, khususnya apabila pihak berkenaan terlibat dalam peluasan kuasa, misalnya Jepun, Britain, Jerman (Nazi), Kesatuan Soviet dan Iraq (ketika pemerintahan Saddam Hussien). |
principle of non-intervention | prinsip tidak campur tangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Prinsip dalam undang-undang adat antarabangsa yang menyatakan bahawa sesebuah negara berdaulat mempunyai hak untuk mengendalikan urusannya tanpa campur tangan luar, sama ada dalam bentuk ketenteraan atau bukan ketenteraan. |
legal sanction | isbat undang-undang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan berbentuk diplomatik, ekonomi atau ketenteraan yang dilakukan melalui sistem keselamatan kolektif yang bertujuan untuk menghukum pihak yang melanggar undangundang antarabangsa. Piagam PBB memperuntukkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan terhadap negara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan ketenteraan seperti pengepungan melalui jalan darat dan air, manakala isbat undang-undang tanpa ketenteraan pula adalah dengan cara memutuskan sepenuhnya atau beberapa aspek hubungan ekonomi dan komunikasi atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB pernah melakukan embargo ekonomi terhadap Rhodesia pada tahun 1966 setelah mengisytiharkan keadaan dalaman yang melibatkan krisis iredenta isbat undang-undang perkauman negara tersebut yang mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa. |