Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ra.si.ngan]/[ke.ter.a.si.ngan] | کتراسيڠن

Definisi : 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasing­nya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana ber­bagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. ke­anehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ pera­sa­an itu ada hubungan dgn darahnya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterasingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alienation effectkesan keterasinganKesusasteraanTiadaKeadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang.
epic dramadrama epikKesusasteraanTiadaDrama yang mengandungi siri atau episod yang dibuat secara mudah, bertujuan untuk mengingatkan para penonton agar tidak leka dengan mainan perasaan masing-masing. Drama epik biasanya berkisar tentang cerita kepahlawanan atau perjuangan. Contohnya, drama epik berjudul Warkah Terakhir oleh Wan Asliza. Dalam epik merupakan suatu kaedah penulisan drama yang diperkenalkan di Jerman oleh Erwin Piscator dan Bertolt Brecht sekitar tahun 1920-an. Lihat juga kesan keterasingan, teater epik.
Marxist criticismkritikan MarxisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganggap sastera sebagai suatu idiologi yang mencerminkan pergelutan kelas sosioekonomi masyarakat. Kaedah kritikan ini berteraskan teori Marxis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mengikut teori Marxis, sejarah manusia termasuklah institusi, cara pemikiran dan hubungan manusia dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem ekonomi yang diamalkan termasuk kaedah pengeluaran. Kaedah pengeluaran mempengaruhi hubungan kuasa dan menimbulkan konflik antara kelas dalam masyarakat. Kritikan Marxis membincangkan pertalian antara karya dengan elemen yang mempengaruhi penulisannya seperti kelas, idiologi dan ekonomi. Kritikan Marxis mementingkan paparan kehidupan yang realisitik terutamanaya mengenai isu keterasingan manusia dan konflik antara kelas dalam sistem kapitalis. Kritikan ini juga mempertikaikan tulisan yang memperakukan nilai borjuis, iaitu nilai material dalam sistem kapitalis. Pendekatan Marxis memanfaatkan kaedah realisme sosial yang berfungsi untuk menjelaskan gambaran realiti yang sebenar menurut fahaman Marxis. Antara pengkritik teori ini ialah Georg Lukacs, Pierre Macherey, Terry Eagleton dan Fredric Jameson. Lihat juga kritikan sastera, realisme sosial.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.

Kembali ke atas