availability | ketersediaan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kebarangkalian sistem atau komponen berfungsi apabila diperlukan dengan mengambil kira faktor persekitaran, penyenggaraan dan pembaikan. |
last seat availability | ketersediaan tempat duduk terakhir | Pelancongan | Tiada | Tempat duduk terakhir yang masih ada dan tersedia untuk dijual. |
open access | akses terbuka | - | Tiada | Ketersediaan bahan terbitan dalam talian yang diberikan secara percuma kepada individu yang ingin mendapatkannya. |
bioavailability | bioketersediaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kadar dan takat ketersediaan suatu bahan ubat atau metabolit aktif daripada suatu bentuk sediaan yang ditentukan oleh kepekatan atau keluk masa dalam peredaran sistemik atau oleh eksresi dalam urin atau cecair tubuh yang lain. |
nanodelivery system | sistem nanopenghantar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Keseluruhan proses yang digunakan untuk mengawal kestabilan, kelarutan dan ketersediaan serta pelepasan terkawal bahan yang terkandung di dalam pembawa bersaiz nano. |
level 1 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan. |
crime opportunity theory | teori peluang jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri. |
level 2 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 2 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan pelepasan bahan radioaktif ke persekitaran selepas kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan pembendung reaktor dalam menangani kemalangan. |