degree of risk | darjah risiko | insurans | Tiada | Tahap ketidakpastian yang wujud di dalam sesuatu situasi. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
logocentrism | logosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran Barat yang memberikan keutamaan kepada perkataan sebagai pernyataan kebenaran. Dalam teologi Kristian, Logos disamakan dengan Tuhan dan kebenaran hakiki. Pemahaman logosentrisme ini disanggah oleh Derrida dan pengikutnya untuk mengajukan fahaman bahawa pusat makna yang stabil tidak wujud. Sebaliknya, makna sentiasa berada dalam keadaan berubah dan ketidakpastian. Lihat juga dekonstruksi. |
binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |