suspension of disbelief | penggantungan ketidakpercayaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817). |
eye rolling | olengan mata | Umum | Tiada | Tindakan atau isyarat menggerakkan mata ke atas sebagai tanda kejengkelan, ketidakpercayaan atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |