primary instant centre | pusat ketika utama | Mekanik | Gunaan | Semua pusat ketika yang boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan semata-mata. Pusat ketika utama adalah seperti yang berikut: pusat ketika untuk penghubung-penghubung tersambung oleh cemat; pusat ketika bagi jasad yang menggelangsar; pusat ketika bagi jasad yang berguling; dan pusat ketika bagi mekanisme yang mengalami sentuhan langsung sama ada sentuhan gelangsar atau sentuhan guling. Lihat juga pusat ketika. |
instantaneous centre; instant centre | pusat ketika | Mekanik | Gunaan | 1. (instantaneous centre) Lihat pusat halaju sifar ketika. 2. (instant centre) Pusat sepunya bagi dua jasad dengan halajunya pada kedua-dua jasad itu mempunyai magnitud dan arah yang sama. Contoh pusat ketika ialah sambungan dua penghubung pada mekanisme. Bilangan pusat ketika N bagi mekanisme yang mempunyai n penghubung diberikan oleh ungkapan N = n (n – 1)/2. |
instantaneous value | nilai ketika | Teknik | Elektrik | Nilai sebenar pada sesuatu ketika dalam arus ulang-alik, iaitu di antara sifar dengan nilai maksimum mengikut ketika yang dipilih. |
instantaneous axis of rotation | paksi putaran ketika | Mekanik | Gunaan | Paksi yang melalui suatu titik tetap di ruang tiga dimensi dan, pada ketika yang diperhitungkan, menjadi paksi putaran bagi jasad yang sedang berputar di sekitar titik berkenaan. Paksi putaran ketika mewakili garis tindakan bagi vektor halaju sudut jasad tersebut pada ketika itu. paksi ini berubah kedudukannya di ruang dan juga berubah kedudukannya berbanding dengan jasad berkenaan. Londar paksi itu di ruang membentuk kerucut ruang; jika perubahan kedudukan paksi itu dilihat berbanding dengan jasad berkenaan, londarnya membentuk kerucut jasad. Lihat juga kerucut ruang, kerucut jasad. |
metacentre | metapusat | Kejuruteraan | Tiada | Titik andai persilangan antara garis yang melalui pusat timbul ketika kapal condong dengan ketika kapal tegak. |
instantaneous centre of zero velocity | pusat halaju sifar ketika | Mekanik | Gunaan | Titik ketika yang merupakan pusat putaran tulen bagi jasad yang sedang mengalami gerakan satah umum. Titik ini ditentukan dengan mengenakan sayrat bahawa titik yang jasad ialah silangan bagi dua garis jejarian yang normal terhadap vektor halaju di dunia titik pada jasad itu [Rajah P11]. Pada ketika yang diperhitungkan, jasad yang berkenaan boleh dianalisis sebagai jasad yang sedang berputar secara tulen di sekitar titik berkenaan, iaitu tiada gerakan alihan yang terlibat. Titik ini dinamai pusat halaju sifar kerana, pada umumnya, sebarang gerakan satah umum boleh diwakili oleh alihan sebarang titik C dan putaran jasad itu di sekitar C; komponen alihan gerakan tidak wujud apabila C ialah pusat halaju sifat ketika. |
deadwood | kayu mati | Kejuruteraan | Tiada | 3. Struktur di bahagian buritan yang digunakan untuk menyokong aci kipas, menambah kekuatan seluruh kapal, menyokong ketika pengedokan, melindungi ketika terkandas dan lain-lain. |
sine wave | gelombang sinus | Teknik | Elektrik | Bentuk gelombang arus ulang-alik yang lengkap dengan nilai putata per gelombang dan frekuensi yang sama. Perubahan dari satu ketika ke satu ketika yang lain berkadar terus dengan nilai sinus lengkuk sinus. Bagi sesebuah pengulang-alik, faktor yang menentukan bentuk gelombang ini ialah bilangan gegelung satu fasa/kutub, bentuk muka kutub, atus pusar dalam setiap kutub, dan sela udara. |
thermal boundary layer | lapisan sempadan terma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Lapisan sempadan yang terbentuk apabila terdapat kecerunan suhu antara jasad dengan bendalir pukal. Ketebalan lapisan ini meningkat ketika pemanasan dan menurun ketika penyejukan. Ketebalan lapisan sempadan terma berbanding dengan lapisan sempadan hidrodinamik ditentukan oleh magnitud nombor Prandtl. |
instantaneous acceleration | pecutan ketika | Mekanik | Gunaan | Pecutan jasad pada sesuatu ketika dalam jangka masa gerakannya. |