ceiling | siling | Meteorologi | Tiada | 1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara. |
height of tide | ketinggian pasang surut | Sains Marin | Tiada | Jarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m. |
form factor | faktor bentuk | Perhutanan | Tiada | 1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai. |
basement | tingkat bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya. |
composite order | susunan komposit | Kesenian | Hiasan Dalaman | Susunan yang terbentuk daripada gabungan kepala tiang Ionik dan tiang Corinthia. Motif daun akantus yang terdapat di tiang Corinthia, yang sememangnya mempunyai elemen skrol menyebabkan gabungan tersebut tidak dapat dibezakan atau dikenal pasti. Nisbah ketinggian tiang dengan lebar tiang ialah 11:1 atau 12:1. |
signal intensity | keamatan isyarat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB |
ruba�i | ruba�i | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |