Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ha.nan] | کتوهنن

Definisi : 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya me­nun­jukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu menge­nai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (ke­bak­tian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ha.nan] | کتوهنن

Definisi : 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketuhanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantheismpanteismeKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi tema dan persoalan tentang ketuhanan dan kepercayaan bagi yang bukan beragama Islam. Dalam puisi yang beraliran panteisme, biasanya penyair akan mengungkapkan ajaran-ajaran atau dakwah bahawa Tuhan mereka itu boleh disamakan dengan kekuatan dan hukum alam semesta.
divine poetrypuisi kudusKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan tcntang ketuhanan atau kepercayaan terhadap agama. Contohnya, puisi dalam kumpulan Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah.
theocracyteokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendakwa mewakili kekuasaan tuhan untuk mendapatkan keabsahan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk berlandaskan unsur ketuhanan atau keagamaan. Kerajaan sedemikian wujud semasa masyarakat belum dapat memisahkan kedudukan pemerintah atau raja dengan agama. Segala undang-undang, peraturan umum, sistem ekonomi, percukaian, pendidikan dan peraturan sosial kerajaan ini berasaskan keagamaan. Contohnya, kerajaan Eropah yang dikuasai oleh institusi gereja sebelum zaman kegemilangan atau Renaissance.
sufistic poetrypuisi sufistikKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan serta amanat yang berhubungan dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berhubung ketuhanan. Beberapa buah syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-17 di Aceh umpamanya Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu digolongkan ke dalam puisi sufistik ini.
chant/hymnnyanyi pujaKesusasteraanPuisiBahan tulisan atau lisan khususnya dalam bentuk puisi tradisional yang disampaikan secara nyanyian beramai-ramai. Puisi nyanyi puja ini mengandungi ataupun membawa unsur� unsur yang berhubungan dengan keagamaan, ketuhanan dan kenabian. Cara penyampaiannya hampir sama dengan berzanji dan marhaban.
transcendantalismtransendentalismeKesusasteraanTiadaPergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
columntiangKesenianHiasan DalamanKomponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah.

Kembali ke atas