Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.har] | کتوهر

Definisi : sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg mengguna­kan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.har] | کتوهر

Definisi : 1 alat atau tempat pembakaran (utk membakar kuih dsb). 2 relau atau tanur tempat membakar atau tempat mengeringkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketuhar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microwave ovenketuhar mikrogelombangKimiaKimia AnalisisKetuhar yang menggunakan kuasa frekuensi mikrogelombang untuk pemanasan dalaman yang kuat. Ia boleh digunakan untuk penghadaman sampel dalam masa yang singkat.
relative densityketumpatan relatifPerhutananTiadaNisbah berat keringan ketuhar sampel terhadap berat isi padu air yang sama dengan sampel pada takat lembapan tertentu, seperti keringan udara, keringan ketuhar dan keringan basah.
ovenketuharKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk memanaskan dan mengeringkan cat dengan cepat.
oven dryingpengeringan ketuharKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah mengeringkan cat pada suhu tinggi.
artificial dryingpengeringan buatanHerbaTiadaKaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah.
basic densityketumpatan asasPerhutananTiadaJisim kayu berdasarkan pada berat keringan ketuhar per unit isi padu kayu disalut dalam keadaan segar atau isi padu maksimum.
dryingpengeringanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu langkah terakhir dalam proses mencuci filem yang digantung pada penyangkut khas dan dikeringkan di dalam ketuhar pada suhu dan masa tertentu.
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.

Kembali ke atas