ping | ketukan lemah | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ciri bunyi sebuah enjin yang mengalami ketukan bunga api atau letupan yang biasanya berlaku ketika memecut. Bunyi ini disebabkan oleh pemasaan pencucuhan yang terlalu awal atau penggunaan bahan api beroktana rendah. |
diesel knock | ketukan diesel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bunyi bising yang dihasilkan daripada hentaman antara logam di dalam enjin. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |
knock-down (auction) | ketukan muktamad (lelong) | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
tappet noise | bising tapet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bunyi ketukan yang disebabkan oleh ruang lega yang wujud di antara batang injap dengan lengan jumpelang, atau di antara batang injap dengan pengangkat injap. |
celature | celatur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Seni hiasan logam secara ukiran, goresan atau ketukan. |
octane requirement | keperluan oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92. |
antiknock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan kimia yang ditambah ke dalam minyak petrol untuk menambah nombor oktana dan seterusnya merencat ketukan Contoh agen antiketuk ialah plumbum tetractil Pb(C2H5)4. |