purity test | ujian ketulenan | Herba | Tiada | Prosedur penentuan tahap ketulenan bahan herba berdasarkan kaedah dan had piawai yang ditetapkan oleh spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti bagi bahan mentah dan sediaan herba. Ujian ini terdiri daripada penentuan kandungan bendasing, abu, lembapan, bahan terekstrak, logam berat dan pestisid dan kontaminasi mikrob, aflatoksin dan radioaktif. Bahan herba yang tidak mematuhi spesifikasi monograf herba dianggap tidak selamat untuk digunakan. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |
ebulliometry | ebuliometri | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan berat molekul zat terlarut dalam cecair dan ketulenan sesuatu cecair dengan mengukur takat didih cecair. |
pollutant | pencemar | Geografi | Tiada | 2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera. |
pollutant | pencemar | Farmasi | Tiada | 1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera. |
crude fibre | serat mentah | Herba | Tiada | Bahan selular yang mengandungi selulosa dan lignin yang tahan asid dalam tumbuhan. Nilai peratusannya menunjukkan tahap ketulenan suatu ubat mentah. Biasanya bahan tumbuhan dinyahlemak dan hasilnya diabukan. Nilai serat mentah diperoleh berdasarkan peratus kehilangan berat. Contohnya had piawai serat mentah bagi bunga cengkih ialah 6.2 - 9.8% dan tangkai cengkih ialah 13.6%. Bahan mentah cengkih yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada 9.8% mungkin dicemari tangkai cengkih. Sinonim serabut mentah. |
historicism | historisisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian sastera yang melibatkan penggunaan fakta sejarah, contohnya kajian untuk mengesan proses pinjam-meminjam bahan penulisan, persoalan sebaran dan ketulenan teks, dan kaitan karya dengan sejarah hidup penulis. Tujuan historisisme adalah untuk menjadikan karya dari zaman yang berbeza ditanggapi pembaca moden dengan cara membina semula latar belakang yang sesuai untuk memungkinkan penilaian dan pemahaman teks tersebut. Lihat juga historisisme baru. |
morphological characters | ciri morfologi | Herba | Tiada | Sifat yang menggambarkan bentuk atau rupa sampel bahan secara makroskopi dan mikroskopi. Ciri morfologi berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Ciri-ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur, fraktur dan rupa bahan sampel seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya diperiksa dengan mata kasar, menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. |
sensory characters | ciri deria | Herba | Tiada | Sifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut. |