Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linebreedingpembiakbakaan titisanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu bentuk pembiakbakaan dalaman yang dilakukan untuk menjaga keturunan yang berkait rapat dengan keturunan nenek moyang.
patrimonial regimerejim patrimonialSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berasaskan keturunan yang diturunkan melalui warisan. Waris ini wujud berasaskan sama ada kepada sesuatu kaum, darah keturunan atau puak. Sistem pemerintahan ini tidak demokratik dan tidak ada kebebasan, pembangkang, pendesak dan media yang bebas. Dengan itu, ia tidak melaksanakan pilihan raya, muafakat atau perbincangan dalam pemerintahan. Tidak banyak negara yang mengamalkan pemerintahan ini kecuali beberapa negara Arab dan Afrika.
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.
coeffiicient of inbreedingpekali pembiakbakaan seturunanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKebarangkalian dua gen di lokus pada setiap haiwan adalah sama melalui keturunan dari leluhur yang sama kedua-dua ibu bapa. Kadar kebarangkalian satu haiwan mewarisi dua salinan alel yang sama daripada satu keturunan ialah 0% hingga 100%. Pekali pembiakbakaan seturunan adalah tinggi sekiranya pembiakan berlaku antara dua haiwan bersaudara dekat. Contohnya seekor lembu betina dikacukkan dengan bapanya.
bilineal descentketurunan bilinealSosiologi KeluargaTiada-
ambilineal descentketurunan ambilinealSosiologi KeluargaTiada-
matrilineal descentketurunan matrilinealSosiologi KeluargaTiada-
patrilineal descentketurunan partrilinealSosiologi KeluargaTiada-
descent groupkelompok keturunanSosiologi KeluargaTiada-
descent ruleaturan keturunanSosiologi KeluargaTiada-
12345

Kembali ke atas