Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preferential systemsistem keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem perdagangan antarabangsa yang memberi kelonggaran cukai kepada beberapa negara tertentu yang mendapat keutamaan kerana menganggotai satu pertubuhan yang sama atau memiliki latar belakang yang sama dan sebagainya. Persetujuan ini diterima secara bersama untuk kebaikan ahli. Walaupun begitu, apabila mereka berurusan dengan negara lain di luar komuniti tersebut mereka akan dikenakan cukai yang berlainan kadarnya. Contohnya, anggota Kesatuan Eropah (EU) mendapat sistem keutamaan percukaian dalam perdagangan antara negara tersebut.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
pre-emption righthak keutamaan membeliPenilaian Harta TanahTiadaTiada
priority yieldkadar hasil keutamaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
ecritureecritureKesusasteraanTiadaPenulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat.
logocentrismlogosentrismeKesusasteraanTiadaPemikiran Barat yang memberikan keutamaan kepada perkataan sebagai pernyataan kebenaran. Dalam teologi Kristian, Logos disamakan dengan Tuhan dan kebenaran hakiki. Pemahaman logosentrisme ini disanggah oleh Derrida dan pengikutnya untuk mengajukan fahaman bahawa pusat makna yang stabil tidak wujud. Sebaliknya, makna sentiasa berada dalam keadaan berubah dan ketidakpastian. Lihat juga dekonstruksi.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
regionalismfahaman kedaerahan; regionalismeKesusasteraanTiadaSastera yang memberikan keutamaan kepada sesuatu daerah atau tempat untuk menjadi bahan gambaran atau cerita oleh seorang atau sekelompok.
categorical educationpengkategorian pendidikanPendidikanTiadaPendidikan yang memberi keutamaan kepada pengurusan yang berkaitan dengan ketidakupayaan atau kecacatan. Contohnya, pendidikan khas.
discountdiskaunPentadbiran PerniagaanTiadaPenetapan harga bon atau saham keutamaan di bawah paras nilai muka.
123

Kembali ke atas