Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ja.ran] | کواجرن

Definisi : keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewajaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
powerkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKeupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan.

Kembali ke atas