finfluencer | pempengaruh kewangan | Kewangan | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam bidang kewangan menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. |
financial evaluation | penaksiran kewangan / pentaksiran kewangan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
financial evaluation | penaksiran kewangan / pentaksiran kewangan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
monetary authority | autoriti kewangan | Ekonomi | Tiada | Agensi yang fungsi utamanya telah menggubal dan melaksanakan dasar kewangan melalui kawalan terhadap penawaran wang atau kadar bunga. Antara fungsi lain autoriti tersebut ialah mencetak wang, menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan, dan menguruskan hutang negara. Lihat juga dasar kewangan. |
monetary economics | ekonomi kewangan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan wang dan peranannya dalam ekonomi. Ekonomi kewangan merangkumi kajian tentang pasaran wang, pasaran modal, dan institusi kewangan. |
special deposit | deposit khas | Ekonomi | Tiada | Tunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa. |
financial instrument | alat kewangan | Ekonomi | Tiada | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan kewangan terhadap pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut. Misalnya, bil, bon, sijil deposit, dan saham atau ekuiti syarikat. |
liquidity squeeze | kekangan mudah tunai | Ekonomi | Tiada | Keadaan kewangan yang membimbangkan apabila bank atau institusi kewangan tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi. |
blended finance | pembiayaan campuran | Kewangan | Tiada | Strategi sumber modal awam untuk menarik pihak pelabur swasta bagi melabur dalam projek yang boleh mencapai pulangan kewangan positif terhadap kesan sosial dan alam sekitar. |
bank | bank | Ekonomi | Tiada | Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti, dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, dan bank simpanan. |