Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authoritykewibawaanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat autoriti.
parental competencykewibawaan keibubapaanKriminologiKeadilan JenayahPenilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa.
authorityautoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh seseorang, organisasi atau pihak tertentu dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya secara sah. Dengan kuasa ini, ia mempunyai hak dan keupayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Autoriti tidak memerlukan kerasionalan dalam tindakannya, sebaliknya lebih mementingkan atau memerlukan sumber yang sah bagi tindakan yang dilakukan. Dalam konteks sosiologi pula, autoriti merujuk kepada gabungan beberapa bentuk kuasa seperti autoriti tradisional iaitu raja atau sultan, autoriti karismatik iaitu sifat kepimpinan yang hebat dan secara semula jadi yang dimiliki oleh seseorang individu tertentu seperti Soekarno dari Indonesia, dan juga autoriti rasional legal iaitu autoriti yang berasaskan kepada sumber undang-undang bertulis seperti polis yang mempunyai kuasa dalam mengawal ketenteraman awam. Sinonim kewibawaan.

Kembali ke atas