Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewujudannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rogue programatur cara jahatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan asad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem).
random eventperistiwa rawakKejuruteraanTiadaPeristiwa yang kewujudannya tidak memberi sebarang kesan kepada ciri peristiwa yang akan berlaku.
transient objectobjek fanaTeknologi MaklumatTiadaObjek yang kewujudannya terbatas kepada jangka hayat proses yang menciptanya.
weak entityentiti lemahTeknologi MaklumatTiadaEntiti yang kewujudannya bergantung kepada kewujudan satu entiti lain dalam model perhubungan entiti.
masked virusvirus terselubungBioteknologiTiadaVirus yang tidak menunjukkan sebarang tanda kewujudannya disebabkan oleh auto gangguan.
metafictionmetafiksyenKesusasteraanTiadaBentuk karya fiksyen yang menarik perhatian pembaca terhadap kewujudannya sebagai sebuah fiksyen atau cereka. Pengarang metafiksyen memberikan ulasan terbuka gtentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam karya fiksyen itu, terutamanya terhadap unsur yang memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca. Oleh itu, karya metafiksyen merujuk ke dalam karya dan bukan terhadap unsur yang terdapat di luar karya. Metafiksyen dianggap sebagai sebuah genre karya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fiksyen yang konvensional. Contohnya, karya metafiksyen terdapat dalam The French Lieutenant�s Woman oleh John Fowler dan Olenka oleh Budi Darma. Lihat juga metadrama.
proved reservedrizab terbuktiKejuruteraanTiadaKuantiti minyak atau gas dalam reservoir yang kewujudannya diketahui dengan jelas dan dapat dikeluarkan secara ekonomi dengan teknologi semasa.
proven reservedrizab terbuktiKejuruteraanTiadaKuantiti minyak atau gas dalam reservoir yang kewujudannya diketahui dengan jelas dan dapat dikeluarkan secara ekonomi dengan teknologi semasa.
astrometric companionrakan astrometrikMatematikTiadaRakan bintang tampak yang tidak kelihatan yang disingkap kewujudannya melalui cerapan perubahan yang berlaku pada pergerakan sebenar bintang tampak.
perception of realitypersepsi tentang kenyataanSejarahTiadaTanggapan yang dipegang tentang sesuatu perkara dengan melihat hakikat kewujudannya atau kenyataan yang sebenar.
123

Kembali ke atas