ara | ara | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Ficus spp. daripada famali Moraceae. Nama tempatan lain di Sabah ialah arah dan kayu ara. Gubal kayu ara berwarna kuning coklat, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini agak kasar dan tidak sekata kerana terdapat tisu parenkima yang keras. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 350 hingga 640 kh/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini tidak kuat, mudah diproses dan mempunyai sifat pengeringan yang baik. Kayu ini digunakan dalam pembuatan kotak kayu, sepit, dan papan lapis yang bermutu rendah. |