khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
e-newspaper | e-surat khabar | - | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan dalam versi elektronik. |
newspaper policy | polisi akhbar | insurans | Tiada | Insurans kesihatan terhad yang dijual oleh pihak surat khabar untuk mengembang atau mengekalkan peredarannya. |
print media | media cetak | - | Tiada | Alat komunikasi massa dalam bentuk bahan cetak, seperti buku, surat khabar dan majalah. |
newsprint | newsprin | - | Tiada | Kertas cetak yang diperbuat daripada pulpa kayu dan biasanya digunakan untuk mencetak surat khabar. |
electronic reader (e-reader) | pembaca elektronik (e-pembaca) | - | Tiada | Peranti elektronik yang direka khas untuk membaca e-buku, e-surat khabar dan e-majalah. |
Kindle | Kindle | - | Tiada | Peranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain. |
masthead | inulangan | - | Tiada | 1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar. |
documentary drama | drama dokumentari | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang bersifat propaganda dan didaktik. Isi atau bahan kandungannya ialah peristiwa sejarah yang baharu berlaku atau bukti dokumentari yang diperoleh daripada surat khabar, laporan, arkib, sejarah rasmi, diari dan jurnal. Drama dokumentari bermula di Jerman pada tahun 1960-an. Kemudian, kaedah dan gaya persembahan drama ini ditiru oleh dramatis Amerika dan dramatis negara lain. Namun bentuk drama ini mula merosot pada awal dekad 1970-an. Antara contoh drama dokumentari ialah The Deputy (1963) oleh Rolf Hochhuth. Contoh tempatan ialah drama bertajuk 1984 oleh Kee Thuan Chye. |
smear campaign | kempen kotor | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka. |