Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khu.sus] | خصوص

Definisi : (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm se­suatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhu­susan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khu.sus] | خصوص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu; khas: Kursus-kursus itu diadakan ~ utk kaum wanita. mengkhususkan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. terkhusus dikhususkan; dikhaskan; terkhas. pengkhususan hal atau perbuatan mengkhususkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
macrophagemakrofajFizikNanoteknologiSel di dalam tisu yang terdiri daripada sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai monosit. Sel ini bertindak dalam sistem pertahanan khusus dan tak khusus haiwan vertebrata yang fungsinya adalah untuk memerangkap dan menghadam patogen, sama ada sebagai sel bergerak ataupun sel pegun.
distintive featureciri khususSains KesihatanTiadaCiri khusus yang dimiliki oleh suatu fonem.
customized assessmentpentaksiran rekaan khususPendidikanTiadaPentaksiran yang direka bentuk khusus untuk sesebuah sekolah atau daerah yang menunjukkan objektif atau hasil pembelajaran yang perlu ditaksir.
jargonjargonKesusasteraanTiadaCampuran pelbagai bahasa dalam penulisan untuk melahirkan perkataan atau ungkapan karut. lam kesusasteraan, penggunaan jargon boleh memwa kesan lucu, wibawa atau khusus terhadap sesebuah karya.an, dan kejuruteraan. nJargon juga merujuk kepada istilah dan frasa khusus dalam sesuatu profesion seperti undang-undang, perubatan, dan kejuruteraan. Dalam kesusasteraan, penggunaan jargon boleh memwa kesan lucu, wibawa atau khusus terhadap sesebuah karya.
literary convensionkonvensi sasteraKesusasteraanTiadaAlat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera.
undifferentiated schizophreniaskizofrenia tak khususPerubatanPsikiatriPenyakit skizofrenia yang tidak dapat dikategorikan kepada jenis yang tertentu.
individual-centred carepenjagaan khusus individuKesihatan AwamTiadaTiada
person-centred carepenjagaan khusus perseoranganKesihatan AwamTiadaTiada
site-specific analysisanalisis khusus tapakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengumpulan dan penganalisisan data di tapak pembangunan secara saintifik antaranya melibatkan kajian geoteknik, sistem saliran, dan analisis kecerunan.
people-centred carepenjagaan khusus rakyatKesihatan AwamTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas