Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : seribu gram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1000 gm atau (= 2.2 lb atau 1 kati 10 tahil); ~ kalori kilokalori; ~ piawai ukuran kilogram antarabangsa (= 2.2 lb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.gram] | کيلوݢرم

Definisi : unit berat yg beratnya seribu gram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilogram


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective kilogramkilogram efektifSains NuklearKejuruteraan ReaktorUnit pengukuran jisim dalam kawal selia atau kawal guna bahan nuklear.
specific fuel consumptionpenggunaan bahan api tentuKejuruteraan AutomotifEnjinJumlah penggunaan bahan api oleh enjin untuk menghasilkan setiap unit tenaga yang dikeluarkan. Jumlah bahan api diukur dengan brek dinamometer pada tapak uji enjin. Penggunaan bahan api tentu ini diukur dalam unit kilogram per kilowat jam. kilogram per megajoule atau paun per kuasa kuda brek jam.
densityketumpatanPerhutananTiadaJisim per unit isi padu bahan kayu termasuk rongga yang terkandung dalam struktur kayu. Unit yang biasa digunakan ialah kilogram per meter padu. Nilai ketumpatan kayu dipergaruhi oleh perbezaan nisbah antara dinding sel dan ruang udara dalam spesies berkenaan, dan nilai ini berjulat antara 160 kg/m3 bagi kayu balsa, dan 120 kg/m3 bagi lignum vitae.
location outside facilities (LOF)kawasan di luar kemudahanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPepasangan atau lokasi yang bukan kemudahan nuklear dengan jumlah penggunaan bahan nuklear tidak melebihi satu kilogram efektif.
Vickers indenterpelekuk VickersNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanJenis pelekuk yang digunakan untuk membuat lekukan berbentuk Vickers pada permukaan bahan uji. Biasanya beban sampel dalam keadaan ringan berukuran 10 gram (g) hingga 1 kilogram daya (kgf).
design weightberat rekaanKejuruteraan AutomotifTiadaBerat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh.

Kembali ke atas