Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.mia] | کيميا

Definisi : ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg ber­kaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg di­keluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.mia] | کيميا

Definisi : , = ilmu ~ cabang ilmu sains mengenai juzuk, kandungan dan sifat-sifat sesuatu bahan serta tindak balas yg membentuk atau yg mengubah keadaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analytical chemistrykimia analsisKimiaKimia AnalisisSubbidang kimia yang berkaitan dengan penentuan kualitatif dan kuantitatif komponen dalam sesuatu sampel.
chemical potentialkeupayaan kimiaKimiaKimia AnalisisKadar perubahan fungsi Gibbs bagi sistem termodinamik dalam beberapa keadaan. Perubahan ini bergantung kepada perubahan bilangan mol pada keadaan tersebut.
chemical shiftanjakan kimiaKimiaKimia AnalisisAnjakan spektrum resonans magnet nukleus yang berlaku akibat daripada pemerisaian diamagnetik sesuatu nukleus oleh elektron yang mengelilingi nukleus itu.
pyrolisispirolisisKimiaKimia AnalisisPenguraian kimia yang disebabkan oleh tindakan haba.
precipitationpemendakanKimiaKimia AnalisisProses kimia atau fizik yang menghasilkan fasa pepejal yang terasing atau tidak larut dalam medium cecair. Pemendakan digunakan untuk memisahkan fasa pepejal daripada larutan akueus.
drying reagentreagen pengeringKimiaKimia AnalisisBahan kimia, sama ada berbentuk pepejal seperti gel silika dan penapis molekul atau cecair seperti asid sulfurik pekat dan gliserol, yang mempunyai afiniti yang kuat terhadap air dan berupaya menyerap air daripada bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini biasanya digunakan di dalam balang pengering dan dalam menara atau turus.
chelating reagentreagen pengkelatKimiaKimia AnalisisBahan kimia koordinatan yang mempunyai elektron tak berpasangan pada dua atau lebih atomnya yang berupaya mengikat dengan ion logam untuk menghasilkan sebatian berstruktur gelangan.
shif reagentreagan anjakanKimiaKimia AnalisisBahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan.
reagnetreagenKimiaKimia AnalisisSebarang zat atau bahan kimia yang digunakan dalam tindak balas kimia untuk tujuan mengesan, mengukur, mengkaji atau menganalisis bahan lain. Ketulenan dan kepekaan merupakan sifat-sifat yang diperlukan bagi sesuatu reagen.
charge-balance equationpersamaan imbangan casKimiaKimia AnalisisPersamaan kimia bentuk ion yang mempunyai jumlah cas yang sama dan seimbang antara bahan dan hasil tindak balas.
12345678910...

Kembali ke atas