policy reserve | rizab polisi | insurans | Tiada | 1. Amaun dalam kunci kira-kira sesebuah syarikat insurans yang menunjukkan jumlah anggaran premium yang diterima tetapi belum diperolehi pada suatu masa (Am). 2. Dana yang disediakan oleh insurer untuk memenuhi tuntutan di masa hadapan (Hayat) |
policy fee | fi polisi | insurans | Tiada | 1. Caj tunggal yang ditambah pada premium pertama untuk membantu dalam kos perolehan. 2. Caj untuk setiap polisi yang tidak mengambil kira nilai polisi. Caj ini dianggap satu bentuk diskaun kuantiti. |
life-cycle thinking | pemikiran kitar hayat | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | 1. Pendekatan minda yang prihatin agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dalam melakukan aktiviti kehidupan. 2. Rangka kerja yang sistematik dengan mengambil kira pandangan menyeluruh terhadap pengeluaran dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan serta penilaian kesan terhadap alam sekitar melalui keseluruhan kitar hayat. |
amount at risk | amaun semasa risiko | insurans | Tiada | 1. Perbezaan di antara rizab dengan amaun muka sesuatu kontrak. Amaun semasa risiko ini menjadi semakin kecil apabila rizab meningkat (hayat). 2. Amaun insurans yang dikuatkuasakan ke atas sebarang harta oleh sesebuah syarikat tanpa mengambil kira sama ada amaun tersebut setimpal atau tidak dengan nilai sebenar harta tersebut (am). |
dilution factor | faktor pencairan | Kimia | Kimia Analisis | Faktor yang digunakan untuk mengira kepekatan suatu larutan hasil, dengan mengambil kira pencairan yang telah dilakukan terhadap larutan asal. Contohnya, 10.0 ml larutan asal dicairkan ke 1000.0 ml menghasilkan larutan yang mempunyai kepekatan 1 per 100 daripada kepekatan asal, iaitu mempunyai faktor pencairan 100. |