Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Mn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Otto cyclekitar OttoKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin gasolin empat lejang. Kitar ini bermula dengan campuran udara-bahan api disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh dalam lejang mampatan. Sebelum lejang mampatan berakhir, campuran udara-bahan api yang bertekanan tinggi dinyalakan oleh unsur pencucuhan seperti palam pen- cucuh. Tindakan ini menyebabkan proses pembakaran berlaku dan menghasilkan kuasa semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil pembakaran ini ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar diesel.
diesel cyclekitar dieselKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin diesel empat lejang. Kitar ini bermula dengan udara disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh semasa lejang mampatan ke takat terakhir atas. Semasa proses mampatan, udara mengalami kenaikan suhu dan tekanan. Sebelum lejang mampatan berakhir, bahan api disuntik ke dalam kebuk pembakaran. Proses mampatan seterusnya akan menaikkan lagi suhu campuran udara-bahan api sehingga melepasi titik kilat bahan api tersebut. Akibatnya, campuran ini tercucuh dengan sendiri dan proses pembakaran berlaku sepenuhnya semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil p ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar Otto.
four stroke cyclekitar empat lejangKejuruteraan AutomotifEnjinKitar dalam operasi empat gerakan omboh atau lejang pada setiap dua putaran aci engkol. Empat lejang tersebut ialah lejang pengambilan atau lejang aruhan semasa omboh bergerak ke bawah, lejang mampatan ketika omboh bergerak ke atas. lejang pembakaran atau lejang kuasa atau lejang pengembang- an semasa omboh ditolak ke bawah dan lejang ekzos semasa omboh bergerak ke atas. Setiap lejang bersamaan dengan 180° putaran aci engkol. Banding kitar dua lejang.
cycle of erosionkitar hakisanGeologiTiadaKitar perubahan pada konfigurasi permukaan bumi.
life cycle impact assessmentpenilaian kesan kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah yang digunakan untuk menjelaskan kesan kitar hayat terhadap alam sekitar, contohnya perubahan iklim, kesihatan manusia, dan kepelbagaian biologi.
cradle to cradleawal ke awalTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStrategi mampan kitar hayat produk yang menyamai kitar semula alam semula jadi, dan melaluinya sisa dapat digunakan semula.
duty cyclekitar tugasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKitaran penyejukan yang diperlukan oleh sesuatu tiub sinar-X semasa mengendalikan peralatan, bagi mengekalkan jangka hayat alat tersebut. Contohnya, jika sesuatu mesin mempunyai 50% kitar tugas, bermakna selepas digunakan selama 5 minit, mesin tersebut perlu direhatkan selama 5 minit.
life-cycle thinkingpemikiran kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi Hijau1.      Pendekatan minda yang prihatin agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dalam melakukan aktiviti kehidupan. 2.     Rangka kerja yang sistematik dengan mengambil kira pandangan menyeluruh terhadap pengeluaran dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan serta penilaian kesan terhadap alam sekitar melalui keseluruhan kitar hayat.
circle tripperjalanan kitarPelanconganTiadaPergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kembali ke tempat asal.
pest reproduction cyclekitar pembiakan perosakPertanian OrganikTanaman Makanan-
12345

Kembali ke atas