Klien’s velocity diagram | gambar rajah halaju Klien | Mekanik | Gunaan | Gambar rajah halaju yang dilukis pada gambar rajah sesuatu mekanisme dan menyerupai gambar rajah halaju sebenar. Dimensi gambar rajah halaju klien boleh digunakan dalam analisis kerana dimensinya berkadar dengan dimensi gambar rajah halaju sebenar. Arah vektor halaju pada gambar rajah ini sendeng 90o daripada arah sebenar yang diberikan oleh gambar rajah halaju sebenar. Gambar rajah ini digunakan dalam analisis mekanisme. |
client-centered psychotherapy | psikoterapi pemusatan klien | Psikologi | Psikologi Umum | Teknik yang berasaskan pada anggapan bahawa klien boleh mengatasi masalah mereka dengan bantuan ahli terapi yang mewujudkan suasana yang mesra dan bersifat terbuka sehingga klien berasa bebas untuk berkongsi masalahnya. Teknik ini menggalakkan ahli terapi supaya hanya berperanan membantu, menggalak dan merangsangkan suasana supaya klien dapat mengenal pasti masalah dan membuat keputusan sendiri untuk mengatasi masalah mereka. |
insight therapy | terapi wawasan | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi yang melibatkan perhubungan secara lisan yang kompleks antara klien dengan ahli terapi. Terapi ini dapat meningkatkan pemahaman diri secara mendalam tentang masalah klien dan cuba mencari penyelesaiannya. Antara terapi wawasan yang paling popular ialah psikoanalisis, terapi pemusatan klien dan terapi kognitif. Dalam pendekatan psikoanalisis, terapi dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada konflik tak sedar dan motif yang menggunakan teknik seperti perkaitan bebas dan transferens. Terapi pemusatan klien dilakukan dengan memberi sokongan emosi kepada klien sehingga dapat bertindak menentukan kecepatan dan matlamat terapi. Terapi kognitif pula menekankan kepada usaha mengenal pasti dan mengubah pemikiran atau kepercayaan negatif yang dihadapi oleh klien. |
client-centered theory | teori pemusatan klien | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mencadangkan supaya seseorang klien seharusnya berperanan sepenuhnya dalam menguruskan kehidupan dan meningkatkan motivasi diri. Kebertanggungjawaban terhadap diri sendiri dan kebolehan untuk berubah seharusnya berada di tangan klien sendiri dan bukannya ahli terapi. |
proxy | proksi | Teknologi Maklumat | Tiada | Program aplikasi perantaraan yang mewakili kedua-dua pihak klien dan pelayan iaitu bertindak seperti orang tengah. Proksi menerima permintaan dari klien yang dipercayai untuk perkhidmatan Internet yang spesifik dan kemudian bertindak bagi pihak klien dengan membentuk sambungan kepada perkhidmatan yang diminta. Permintaan ini seakan-akan berasal dari get laluan yang menjalankan proksi dan bukannya klien. Misalnya agen perisian yang bertindak bagi pihak pengguna atau sistem lain yang menerima arahan daripada pengguna kemudian melaksanakan tugasannya tanpa pemantauan serta mempunyai autonomi untuk membuat keputusan sendiri dalam mencapai objektif. Contoh lain adalah sistem proksi yang digunakan dalam pengurusan rangkaian seperti SNMP. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |
Klien’s acceleration diagram | gambar rajah pecutan Klien | Mekanik | Gunaan | Gambar rajah pecutan yang dilukis pada gambar rajah mekanisme dan menyerupai gambar rajah pecutan yang sebenar, tetapi arah vektor-vektor pecutan yang terlibat condong daripada arah yang sebenar. |
client centered | berpusatkan klien | Kejururawatan | Tiada | Berkaitan dengan perkhidmatan yang berfokus kepada keperluan klien. |
client system | sistem klien | Pendidikan | Tiada | Pihak yang mengurus inovasi atau memberi perkhidmatan kepada klien. |
nondirective approach | pendekatan tidak berpetunjuk | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang memotivasikan klien untuk menyedari potensinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa diberi petunjuk oleh kaunselor. Sebaliknya, kaunselor memberikan pengakuan positif tanpa syarat dengan menerima apa-apa yang dilahirkan oleh klien dengan sifat terbuka, mesra dan berempati. Dengan mewujudkan suasana yang menyakinkan seperti ini, klien dapat membuat keputusan yang boleh memperbaik kehidupan mereka. Pendekatan ini sering digunakan oleh kaunselor dalam terapi berpusatkan klien. |