Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klo.ro.fom] | کلوروفورم

Definisi : ist cecair yg digunakan sbg ubat bius (biasanya digunakan dlm pembedahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kloroform


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin K1vitamin K1HerbaTiadaFitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan.
herbal extract fractionfraksi ekstrak herbaHerbaPemiawaianCampuran komponen yang dipisahkan daripada ekstrak herba melalui proses pemfraksian. Contohnya, fraksi heksana, kloroform, etil asetat, etanol dan air daripada ekstrak mentah akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
ascorbic acidasid askorbikHerbaPemiawaianAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C.
lipidlipidHerbaPemiawaianSebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale).
iodine valuenilai iodinHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam gram iodin yang ditindakkan bagi seratus gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid lemak tak tepu dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan dilarutkan dalam kloroform dan ditindakkan dengan larutan iodin bromida, kalium iodida dan air. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai iodin diperoleh daripada ungkapan 1.269x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai iodin piawai bagi minyak linsid dara di antara 160 - 200 dan lemak keras tidak melebihi 3.0.
peroxide valuenilai peroksidaHerbaTiadaNombor dalam unit miliekuivalen oksigen aktif yang menyatakan kandungan peroksida dalam seribu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan hidroperoksida yang menandakan tahap ketengikan minyak dan lemak daripada bahan mentah atau sediaan herba. Lima gram bahan herba ditindakbalaskan dengan campuran asid asetik glasial-kloroform (3:2) dan ditambah kalium iodida. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai peroksida diperoleh daripada ungkapan 10x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai peroksida piawai bagi minyak kelapa tidak melebihi 5.0 dan lemak bulu maksimum 10.0.

Kembali ke atas