Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata km


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).
Madison racelumba MadisonSukanLumba BasikalPerlumbaan jarak 50 km dengan beberapa kali pecutan,yang melibatkan beberapa pasukan,dengan dua (2) pelumba bagi setiap pasukan.
knotknotSains MarinTiadaUnit kelajuan yang bersamaan dengan 1 batu nautika (1.852 km per jam atau berhampiran 1.151 batu per jam).
red flaretanda merahSukanLumba BasikalBendera atau lambang berwarna merah yang dipasang satu (1) km sebelum garis penamat dalam perlumbaan jalan raya.
prologueprologSukanLumba BasikalUjian perlumbaan masa perseorangan jarak dekat,bagi acara yang tidak melebihi lapan (8) km.
abyssal depositmendapan abisSains MarinTiadaMendapan di laut dalam yang berada pada kedalaman lebih daripada 2.7 km. Mendapan ini terdiri daripada kelodak organik, lumpur dan tanah merah dari kawasan yang paling dalam.
indicated speedlaju tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinKelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka.
main-metering systemsistem permeteran utamaKejuruteraan AutomotifEnjinSistem dalam karburetor yang membekalkan bahan api ke enjin pada kelajuan melebihi 40 km/jam. Sinonim sistem kelajuan tinggi. Banding sistem kelajuan rendah.
energy efficient vehicle (EEV)kenderaan cekap tenaga (KCT)Kejuruteraan AutomotifTiadaKenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan cekap tenaga termasuklah kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif.
territorial sealaut wilayahSains MarinTiadaUkuran melintang dari perairan pantai (aras air paling surut) yang memanjang 12 batu nautika (22.2 km; 13.8 batu) ke kawasan laut sesebuah negara. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut 1982 juga dikenali sebagai Konvensyen Undang-undang Laut 1982.
12

Kembali ke atas