Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : (Kim) sj unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dlm aloi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : ist logam keras berwarna putih perak yg digunakan dlm beberapa jenis aloi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kobalt


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ferromagnetferomagnetNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSifat elektrik besi, nikel atau kobalt dalam keadaan tiada medan magnet, pergerakan cas elektrik dihasilkan melalui pemindahan ionik dengan cara tarikan atau biasan.
vitamin B12vitamin B12HerbaTiadaKobalamin, C63H88CoN14O14P. Sekumpulan sebatian polipirol yang mengandungi kobalt trivalen. Faktor anemia antipernikus yang perlu untuk hemopoiesis normal. Vitamin B12 dikenali juga sebagai sianokobalamin dan faktor ekstrinsik. Contohnya, vitamin B12 dalam lidah buaya (Aloe vera).
radioactive sourcespunca radioaktifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSumber yang memancarkan zarah atau sinaran radioaktif, seperti Iridium-192, Kobalt-60, Selenium-75 dan Caesium-137.
nested nanotubenanotiub bersarangFizikNanoteknologiNanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri.
scooter mechanismmekanisme skuterFizikNanoteknologiMekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
ferromagnetic materialbahan feromagnetNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanBahan yang mempunyai sifat kuat menarik daya magnet. Contoh bahan feromagnet ialah besi, nikel, gadolinium dan kobalt.
trace elementunsur surihPerikananAkuakulturBahan yang terdapat dalam pracampuran mineral yang diperlukan oleh ikan pada kepekatan kecil seperti ferum, mangan, zink, kuprum, iodin, kobalt, selenium, molibdenum, kromium dan silikon. Unsur surih ini penting untuk keperluan fisiologi.
gamma radiographyradiografi gamaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar gama sebagai punca sinaran. Contoh punca sinar gama ialah Iridium-192, Kobalt-60 dan Selenium-75.
half lifeseparuh hayatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTempoh masa yang diperlukan oleh sesuatu sumber radioaktif untuk aktiviti asalnya merosot menjadi separuh. Contohnya, Iridium 192 mempunyai separuh hayat 74 hari, Kobalt 60 mempunyai separuh hayat 5.3 tahun.
chelating resinresin pengkelatanKimiaKimia AnalisisResin penukar ion yang mempunyai sifat pemilihan yang tinggi untuk kation tertenu. Contoh seperti resin fenol fomaldehid dengan 8-kuinolinol sangat memilih kepada ion-ion kuprum, nikel, kobalt dan ferum.
12

Kembali ke atas